Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Bagaimana mungkin anggota komponen Perikatan Nasional boleh menentang cadangan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).

Ianya tidak masuk akal kerana Perikatan Nasional didominasi oleh parti – parti Melayu – Isle yang berpengaruh selama berdekad-dekad.

Justeru itu timbul persoalan apabila komponen PN – Gerakan membantah pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi.

Media melaporkan bahawa parti tersebut tidak akan teragak-agak untuk menggunakan saluran mahkamah demi untuk memastikan hadis tidak diajar kepada pelajar-pelajar bukan Islam.

Ini bukan kali pertama Gerakan menggunakan mahkamah untuk mencabar sesuatu yang berkaitan umat Islam. Dalam tahun 1990-an parti tersebut mencabar enakmen jenayah syariah Kelantan.

Nampak gayanya PAS dan Bersatu belum berjaya meyakinkan Gerakan atau apakah ketiga-tiga parti ini tidur sebantal tetapi mimpi berlainan.

Untuk rekod, Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying telah pun menjelaskan bahawa penghayatan hadis adalah untuk pelajar beragama Islam sahaja dan tidak melibatkan pelajar bukan Islam.

Pasca PRN, Gerakan hanya menang satu kerusi berbanding dengan PAS yang memonopoli kebanyakan kerusi yang mereka tandingi di utara dan Pantai Timur.

Walau bagaimanapun setakat pimpinan PAS sendiri masih menikus dan tidak menjernihkan keadaan yang melibatkan rakan politik mereka.

Di mana suara PAS yang selama ini mendakwa memperjuangkan Islam?

Inikah pakatan yang memperjuangkan kepentingan Melayu?

Tepuk dada tanya selera.