Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

UMNO tidak perlukan mesyuarat agung luar biasa (EGM) memandangkan pemilihan parti telah dibuat di semua peringkat, kata ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi.

“Bahkan selepas UMNO hilang kuasa pada tahun 2018, pemilihan parti dibuat dari atas sampai ke bawah. (Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi) kalahkan Khairy Jamaluddin (Abu Bakar) dan Tengku Razaleigh Hamzah.

“EGM tidak perlu semata mata untuk putuskan pemilihan parti. Pemilihan tetap berlaku,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

“Tahun lalu parti yang putuskan tidak ada pertandingan nombor 1 dan 2.”

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Tengku Razaleigh yang mencadangkan pemilihan semula untuk menghidupkan parti susulan prestasi buruk UMNO di dalam pilihan raya negeri di enam negeri.

Puad berpendapat bahawa adalah berbaloi untuk melaksanakan post mortem berkaitan prestasi UMNO dalam pilihan raya negeri.

“Lebih baik buat post mortem terperinci di semua peringkat dan laksanakannya. Lebih mikro dan fokus.”