Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Datuk Reezal Merican Naina Merican mengesahkan bahawa belum ada perbincangan dengan mana-mana pihak berhubung penyertaannya dalam pembentukan kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Belum lagi (berbincang), dengan mana-mana kepimpinan negeri. Saya ada bercakap dengan beberapa pemimpin parti tetapi itu sahaja, kami tidak berbincang secara mendalam,” katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra dengan masyarakat setempat semalam.

Beliau merupakan salah seorang calon BN yang berjaya dalam PRN apabila memenangi kerusi Bertam dengan majoriti 2321 undi. Beliau memperoleh 10453 undi menentang penyandang Khaliq Mehtab Mohd Ishaq yang memperoleh 8132 undi.

Gabungan PH – BN membentuk kerajaan di negeri ini dengan memenangi 29 daripada 40 DUN.

DAP memenangi kesemua 19 kerusi DUN yang ditandingi, PKR (tujuh), Amanah (satu) dan BN (dua), manakala Pakatan Nasional (PN) memperoleh 11 kerusi.