Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, tiga nama yang dicalonkan sebagai Menteri Besar negeri berkenaan akan dipersembahkan kepada Sultan Muhammad V, hari ini.
Katanya, senarai nama itu juga mendapat persetujuan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
“Nama sudah mendapat persetujuan Presiden PAS kerana watikah beliau akan diangkat kepada Sultan Kelantan
“(Istiadat) angkat sumpah akan diadakan pada 3 petang, 15 Ogos,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Harian Jawatankuasa PAS Pusat dan Kelantan di sini, malam tadi.
Mesyuarat dipengerusikan Abdul Hadi itu, turut dihadiri Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar