Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang mengangkat sumpah semalam untuk penggal kedua telah mulakan tugas beliau hari ini.

Beliau masuk ke pejabat pada pukul 9.11 pagi di tingkat 28 Komtar.

“Selamat pagi Pulau Pinang. Penggal baharu komitmen kekal untuk terus memacu negeri ini ke arah kecemerlangan,” kata beliau menerusi hantaran Facebook.

Beliau mengangkat sumpah semalam sebagai ketua menteri kelima di Seri Mutiara yang merupakan kediaman Yang Dipertua Negeri.