Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Pilihan raya negeri melibatkan enam negeri sudah melabuhkan tirai. Secara keseluruhan, keputusannya kekal 3:3.

Ada pihak yang gusar berkenaan jumlah kerusi yang dimenangi oleh Perikatan Nasional, 146 daripada 245 kerusi DUN di enam negeri.

Bagi penulis pula, terdapat satu trend baru yang ingin penulis gelar sebagai kematian pembangkang.

Kematian pembangkang paling terserlah di Terengganu bilamana Perikatan Nasional menyapu bersih kesemua 32 kerusi DUN.

Negeri kedua yang kematian pembangkang adalah Kelantan di mana gabungan PH: BN hanya memperoleh dua kerusi manakala PN menyapu 43 kerusi DUN.

Trend ini juga boleh dilihat di Kedah di mana PN menggondol 33 kerusi manakala gabungan BN:PH memperoleh 3 kerusi sahaja.

Ketiga-tiga negeri ini merupakan negeri-negeri yang mempunyai peratus pengundi Melayu – Islam yang tinggi.

Bagaimana mungkin sesebuah dewan khusus untuk membuat undang-undang negeri berfungsi tanpa kehadiran pembangkang?

Baik PAS mahupun PN tidak dikenali untuk membawa pembaharuan.

Pilihan terbaik untuk negeri-negeri adalah jawatankuasa khas mengikut bidang portfolio khusus sepertimana yang ada di Dewan Rakyat.

Namun apakah itu akan menjadi pilihan dalam menyuburkan amalan demokrasi di negeri-negeri tersebut?

Tidak dapat dinafikan, keputusan ini terhasil kerana fenomena ombak hijau yang bermula semasa pilihan raya umum ke 15 dalam bulan November.

Persoalan juga perlu dibangkitkan, apakah isu kaum dan agama cukup untuk mendapatkan undi Melayu?