Sorting by

×

Setakat jam 4 petang, peratus keluar mengundi tertinggi direkodkan di Terengganu sebanyak 70%.

Peratus keluar terendah ialah di Kelantan sebanyak 56%.

Empat negeri lain turut mencatatkan peratus keluar mengundi di sekitar 60%.

Peratus keluar mengundi untuk PRK Kuala Terengganu juga di sekitar 60% meskipun Terengganu mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi.

Berikut adalah peratus keluar mengundi sepenuhnya dari Suruhanjaya Pilihan Raya:

Kedah : 68%
Kelantan :56%
Terengganu : 70%
Pulau Pinang :67%
Selangor : 65%
Negeri Sembilan : 62%
PRK P.036 Kuala Terengganu : 67%

Pengundi boleh mengundi sehingga 6 petang.