Sorting by

×

Pada hemat saya, ramai yang sudah lesu dengan pilihanraya. Ini akan ternyata dengan jumlah peratusan keluar mengundi yang bakal diketahui malam nanti.

Saya menjangkakan angkanya tidak melebihi 65% (purata 6 negeri). Paling rendah ialah di Kelantan. Ramai yang tak pulang mengundi.

Persoalan seterusnya, berapa ramaikah daripada pengundi dibawah umur 30 tahun akan keluar mengundi? Adakah ianya melebihi 50%? Kemungkinan besar ianya berada dibawah 40%.

Pilihanraya, mana-mana sekalipun, perlu kepada “kehangatan” (heat) untuk mengujudkan keterlibatan pengundi. Walaupun keriuhan dalam sosial media memang amat bingit, tetapi ianya lebih kepada peminat politik serta pengikut tegar. Kehangatan yang ada lebih dalaman kumpulan serta penyokong (internal heat).

Inertia kehangatan perlu lebih tinggi, iaitu “drive” untuk “merubah” (change) mesti cukup kuat untuk menimbulkan sentimen yang membara untuk keluar mengundi “to make a change”.

Sebab itu bagi saya, sentimen untuk merubah kerajaan pusat, yang sudah jelas keabsahannya, “is a wrong strategy”. Sebabnya PRN tiada kaitan langsung (direct correlation or causation) dengan merubah kerajaan pusat. Maka ianya bukan satu “referendum” ataupun juga “plebiscite” untuk PMX. Barking at the wrong tree.

Fokus seharusnya kepada setiap kerajaan negeri yang incumbent, iaitu samada untuk mempertahankan atau menawan (for both sides of the divide). Demikian juga, satu perbezaan yang besar telah terjadi semenjak PRU15 kelmarin, iaitu “three corner fights” sudah menjadi “one-to-one” fights. Keadaan dan strategi untuk PRU15 sudah harus dirubah untuk menghadapi 2 corner fights. Strategi yang sama dipakai sewaktu kelmarin “will not work”.

Anyway, apakah hasil keputusan sekiranya “lower voter turnout” ini benar (which is almost a fact by now)?

Yang dikatakan PN nak tawan Selangor, Negeri Sembilan, dan Penang – almost a bygone. Wave untuk merubah perlu kepada “vote transferability” pada peratusan yang tinggi, iaitu >>20%. Ini hanya boleh terjadi jika peratusan mengundi keluar melebihi 75%. Pengambilalihan oleh PN/PAS takeover adalah meleset jauh.

Bagaimana pula dengan Kelantan dan Terengganu? Juga kelihatan akan kekal kepada incumbent, iaitu PAS. Bagaimana dengan Kedah? Akan terjadi sedikit sebanyak perubahan “reversal of tides”. Sejauh mana? Saya tak pasti.

Kita tunggu dan lihat keputusan akhirnya malam nanti.

OLEH: Dr Wan Hasni Wan Sulaiman

Penulis adalah pemimpin ABRAR Group