Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Presiden Gerakan Dominic Lau Hoe Chai yang bertanding kerusi majoriti Melayu – Bayan Lepas – kecundang meskipun mendapat 13,573 undi.

Penyandang kerusi, Azrul Mahathir dari Amanah memperoleh majoriti 1889 undi dengan 15,462 undi.

Kerusi ini menjadi tumpuan kerana anggota PAS akar umbi mahukan kerusi tersebut atas alasan ia merupakan salah satu kerusi majoriti Melayu di Pulau Pinang.

Kemuncak percanggahan membabitkan PAS dan Gerakan adalah apabila Lau dihalang naik ke pentas oleh setiausaha PAS Pulau Pinang meskipun Lau bersama naib presiden PAS, Datuk Idris Ahmad.