Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Layanan PAS terhadap rakan politiknya – Gerakan – hanya membuktikan bahawa parti tersebut tidak lebih dari bahan gelakan yang ditunggang PAS dan Bersatu, kata presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Ingat apa jadi pada parti Gelakan. Parti ini dulu Gerakan, dengan kita gerakkan.

“Masuk PN jadi gelakan. Jadi bahan gelakan, bahan ketawa.

“Lihat apa jadi pada presiden dia, tak boleh datang kempen PN.

“Hanya jadi kuda tunggangan untuk kepentingan politik,” katanya pada majlis di Ladang Kamseng di Batu 8 Jalan Gombak di depan pengundi India di Gombak Setia malam tadi.

Beliau merujuk kepada kejadian di mana presiden Gerakan Dominic Lau yang juga calon PN Bayan Lepas dihalau oleh setiausaha PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim di Tasek Gelugor.

Gerakan pernah menjadi anggota BN sebelum ini dan perkara sebegini tidak pernah berlaku.

Dalam pada itu Zahid turut menghargai pengorbanan MIC yang tidak menyertai PRN tetapi turut sama berkempen. Parti tersebut turut mengorbankan kerusi Jeram Padang.

“Kalau kali ni mereka bagi kerusi pada kita, takkan Umno busuk hati pada PRU akan datang tak bagi kerusi secukupnya kepada MIC,” katanya.