Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mendakwa mantan timbalan pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy telah berbohong dengan menyatakan dia tidak dimaklumkan keputusan parti.
“Saya berasa amat kesal dengan tindakan Dr. Ramasamy yang sanggup membohong dalam perkara ini. Pembohongan ini menghilangkan semua rasa hormat saya kepada beliau sebagai bekas pensyarah saya.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy kononnya saya tidak ada “courtesy” untuk memaklumkan keputusan untuk tidak menamakan dia sebagai calon DAP pada Pilihanraya Negeri kali ini.
Beliau turut menyifatkan tindakan Ramasamy keluar parti pagi ini sebagai bukti bahawa dia tidak ikhlas dalam perjuangan parti.
“Saya mengulangi bahawa sesiapa sahaja yang meninggalkan parti selepas tidak dicalonkan semula dalam pilihanraya adalah orang yang tidak ikhlas dan setia kepada perjuangan parti.
“Mereka hanya menunggang parti demi kedudukan dan jawatan. Apabila tiada lagi jawatan, parti ditinggalkan.
Ramasamy mengumumkan keputusan keluar DAP pagi ini.