Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan partinya PKR akan membuat apa yang patut untuk mengajar pengkhianat yang mengkhianati perjuangan parti di dalam pilihan raya negeri.
Beliau menyamakan tindakan pengkhianatan dengan Raja Mendeliar dan Si Kitol dan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai perbuatan yang tidak boleh diampunkan.
“(DUN) Ampangan penting (menang) kerana ada pengkhianatan dari dalam PKR.
“Di mana-mana saya ajar, satu hal yang tidak boleh diizinkan (adalah) pengkhianatan dalam perjuangan.
“Sebab itu saya kata dengan Zahid (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), akan ke Hulu Kelang sekali lagi pada Khamis malam untuk mengajar si pengkhianat,” katanya.
Beliau berucap pada program Jelajah Perpaduan Madani Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.