Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Pengerusi UMNO Selangor merangkap calon BN Gombak Setia Datuk Megat Zulkarnain Omardin menafikan dakwaan bahawa beliau mahu menggantikan Datuk Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor.

“Saya tak boleh tahan gelak sebab saya fikir mereka terlalu terdesak dan sudah tiada strategi lain yang akhirnya cuba melaga-lagakan BN dan PH.

“Politik jijik seperti ini sudah tak laku dan saya telah membuat pendirian yang jelas, mahukan Datuk Seri Amirudin Shari terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor, ” katanya di Ceramah Pardana Arus Merah Kuning Gombak Setia malam tadi.

“Saya telah nyatakan secara jelas tidak berminat sebarang jawatan walaupun sebagai timbalan menteri besar atau exco kerajaan negeri kerana saya hanya mahu menjadi seorang ADUN.”

Beliau berkata demikian sebagai balasan kepada dakwaan yang tular sejak semalam di media sosial.