Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Tiada peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyokong dakwaan keputusan PRN di enam negeri pada 12 Ogos akan menyebabkan penukaran kerajaan persekutuan, kata Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau hairan kerana perkara tersebut dibangkitkan dan mencabar pihak yang mengungkitkannya untuk menyatakan peruntukan undang-undang yang mereka rujuk.

“Saya telah mendengar ramai pihak membuat dakwaan ini dan saya bingung bagaimana keputusan (pilihan raya negeri) boleh mengubah kerajaan persekutuan.

“Saya telah membaca Perlembagaan Persekutuan banyak kali dan saya tidak pernah peruntukan sebegitu. Mungkin mereka baca undang-undang berlainan,” katanya.

Semalam presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa kemenangan Perikatan Nasional di enam negeri akan membolehkan perubahan di buat di peringkat kerajaan persekutuan.

Azalina turut menambah bahawa peruntukan anti lompat parti telah pun digazetkan menerusi pindaan Perlembagaan yang akan mencegah MP dari berubah parti atau membawakerusi mereka kepada parti lain.

“Saya ingin nyatakan di sini bahawa rakyat Malaysia sudah letih dengan ini PRN enam negeri… Apatah lagi PRK dalam keadaan PRU berlangsung pada tahun lepas.”