Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 9 September sebagai tarikh pengundian untuk pilihan raya kecil kerusi parlimen Pulai dan kerusi DUN Simpang Jeram. Kedua-duanya di Johor.

Tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi kedua-dua kerusi berkenaan ialah masing-masing pada 26 Ogos dan 5 Sept, kata pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR, di Putrajaya

Beliau menambah bahawa Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Pulai itu adalah yang dikemas kini sehingga 23 Julai 2023.

“DPPR bagi PRK Parlimen Pulai mengandungi seramai 166,653 orang pemilih yang terdiri daripada 165,700 orang pengundi biasa, 927 orang polis dan 26 orang pengundi tidak hadir luar negara.

“DPPR bagi PRK DUN Simpang Jeram pula mengandungi seramai 40,379 orang pemilih yang terdiri daripada 40,373 orang pengundi biasa dan enam orang pengundi tidak hadir luar negara,” katanya.

Pilihan raya kecil untuk kedua-dua kawasan ini dijalankan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai.

Beliau yang juga merupakan Menteri Perdagagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah setelah menjalani pembedahan kerana pendarahan dalam otak.