Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Dasar percukaian Malaysia perlu berdasarkan dua prinsip asas, iaitu mengenakan cukai apabila ia benar-benar perlu dan ia tidak dianggap sebagai beban kepada pembayar cukai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Niat kami, sudah tentu, untuk menggalakkan mereka menjadi lebih produktif dan menyumbang kepada negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Persidangan Percukaian Kebangsaan 2023 selama dua hari bermula hari ini di sini.

Anwar berkata, kerajaan juga perlu memastikan cukai yang dikutip dibelanjakan dengan bijak tanpa ketirisan.