Sorting by

×

Pas kini dalam dilema samada mahu menggugurkan atau memejamkan mata dan memekakkan telinga sahaja tentang calon parti itu di Kemasik, Terengganu.

Ini berikutan surat akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya kini digantung tidak bertali oleh calon berkenaan.

Wanita berkenaan juga mendakwa, calon Pas itu kini disiasat oleh SPRM.

Wanita berkenaan telah menceritakan panjang lebar hubungannya dengan bekas Adun Kemasik yang kini dipilih semula sebagai calon Pas di kerusi berkenaan.

Selain masalah hubungan lelaki dan wanita, wanita berkenaan juga mendedahkan bagaimana bekas Adun berkenaan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan projek kerajaan.

Wanita berkenaan memberitaghu, hubungan mereka berdua bermula Mei 2019 lagi apabila beliau ke pejabat Dun Kemasik dan bertemu dengan wakil rakyat itu untuk menyelesaikan masalah tanah beliau.

“Seminggu selepas itu, saya berhubung dengan dia untuk bertanya status hal tanah tetapi lama kelamaan kami menjadi akrab, saling bertanya khabar dan pada tahun 2020, YB ada mengajak saya berjumpa ke Kuantan untuk bercakap mengenai hal kerja di Dun Kemasik,” cerita wanita berkenaan menerusi SD itu.

Ekoran penyebaran SD itu, para netizen mendesak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Polis mempercepatkan siasatan mereka.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas di Dun Kemasik.

Calon Pas, Ir Saiful Azmi Suhaili akan mempertahankan jawatan yang dimenangi beliau dalam Pilihan Raya Umum (PRU-14).

Beliau akan ditentang oleh calon BN iaitu Mohd Khairi Afiq Mohd Yusof yang juga calon termuda bagi PRN Terengganu, berusia 37 tahun.