Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mencabar Perikatan Nasional membawa usul tidak percaya terhadap kepimpinannya sekiranya Perikatan Nasional dengan jaminan usul tersebut tidak dihalang.

“Kalau PAS dan Bersatu nak bawa usul terhadap saya, buat saja. Saya takkan halang,” katanya.

“Saya bukan macam (Muhyiddin) yang isytihar darurat bila usul dicadang. Saya beritahu Yang Dipertua Dewan Rakyat tak perlu notis dua minggu. Tiga hari culup.

Kalau kamu yakin, buat usul,” katanya ketika berucap di Subang Bestari.

Parlimen akan kembali bersidang pada 9 Oktober untuk mesyuarat ketiga dalam sesi kedua.

Anwar sebelum ini mencabar pembangkang dalam bulan Mei dan awal bulan ini.

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal pernah menyalahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul sebagai punca mengapa PN tidak membuat usul tersebut.

Dalam bulan Disember 2022 Anwar memenangi undi percaya terhadap kepimpinan beliau.