Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Sebanyak 11 daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinang yang menyaksikan pertandingan pelbagai penjuru manakala baki 29 ialah pertandingan satu lawan satu membabitkan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Empat kerusi menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu Bagan Dalam, Perai, Sungai Pinang dan Pantai Jerejak.

Bekas ADUN Bagan Dalam M Satees yang keluar DAP bertanding sebagai calon Bebas menentang K Jayaraman (PN/PAS), K Kumaran (PH) dan S Rajasakanan dari Parti Barisan Pulau Pinang.

Di Perai mantan ahli majlis David Marshel bertanding sebagai calon Bebas menentang S Sundarajoo (PH), R Sivasuntaram (PN) dan H Vikneswary (Muda).

Di Sungai Pinang penyandang Lim Siew Khim mempertahankan kerusi tersebut dari Ng Fook On (PN) Abdul Ghani Haroon (PRM) dan calon Bebas Andrew Rajah.

Calon tertua dan termuda berentap dalam pertandingan empat penjuru di Pantai Jerejak. PH mencalonkan Fahmi Zainol di situ. Calon termuda ialah Priyankaa Loh, 27, dari Muda manakala tertua ialah Ravinder Singh,81 dari PRM. Calon PN di sini ialah Oh Tong Keong.

Tujuh kerusi dengan pertandingan tiga penjuru adalah Padang Lalang, Bukit Tambun, Tanjong Bunga, Air Putih, Kebun Bunga, Pulau Tikus dan Batu Uban.