Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Ketua setiausaha Sekretariat Perpaduan Nasional Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meneruskan pembongkaran kes kecurian nadir bumi yang turut membabitkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau mendedahkan bahawa kecurian berlaku dua kali tetapi kompaun denda hanya dikenakan sekali.

“Saya nak tanya Pengarah Tanah Galian Kedah. 185 guni hang kompaun. aku nak tanya hang, kes kecurian 360 guni pasal apa tak guni walaupun dapat surat Enakmen Mineral. sampai hari ini tak siasat,” kata Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri.

“Nak lindungi siapa wahai pengarah galian? bukti di stor jabatan hutan. Pasal apa tak siasat selepas lebih tujuh bulan?

Saifuddin mendakwa jika siasatan dibuat, ia akan melibatkan Hwang yang sebelum ini telah ditahan.

Hwang sendiri warga China yang bekerja untuk MBI Kedah dengan surat sokongan Sanusi.

Beliau turut menegaskan bahawa elemen nadir bumi (REE) telah dicuri.

“Saya kata ia dicuri di Kompartmen 12 Bukit Enggang, milik Perbadanan Menteri Besar (MBI). Ia diberi oleh MB Sanusi yang anugerahkannya kepada pengerusi MBI Sanusi. Tujuannya ialah tebang balak dan tanam balak.

“MBI pula beri kontrak kepada Janiqe yang berikan kontrak kepada Mahir Holdings selama 60 tahun.”

Terdahulu Saifuddin turut mengkritik kerjasama presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.