Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Ketua setiausaha Sekretariat Perpaduan Nasional Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mentakrifkan kerjasama mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bukan sebagai perjuangan demi umat Melayu – Islam.

“Baik Tun atau Hadi, yang mempertemukan mereka bukannya masa depan Melayu, perpaduan Melayu,” kata beliau ketika berucap di majlis pengumuman dan pengenalan calon serta pelancaran manifesto perpaduan Kedah malam tadi.

“Ada enam perkataan: dendam dengki cemburu benci lapuk usang.”

Menurut beliau Dr Mahathir tidak senang dengan hakikat Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia kesepuluh.

“Pada saya kedua-dua mereka perlu diabaikan kerana mereka pencetus masalah berbanding pembina bangsa selama 30 tahun. Kita perlukan pembina negara bangsa.

“Lima tahun kebelakangan ini mereka berdua mewujudkan ketidakstabilan kerana kepentingan diri sendiri.”

Esok adalah hari penamaan calon untuk pilihan raya negeri Kedah dan lima negeri lain.

Gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dalam percubaan merampas pentadbiran Kedah dari PAS pada 12 Ogos