Sorting by

×
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Cakna Madani bersama Pegawai Kementerian Pendidikan di USM Kota Bharu, Kelantan pada 23 Julai 2023. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission.
Hantar Berita Ini:

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dato’ Seri Anwar Ibrahim berseloroh bahawa beliau kesiankan PAS yang berada dalam Perikatan Nasional.

Ini kerana dua tokoh pemimpin dalam negara yang pernah melabel PAS sebagai Parti Ajaran Sesat dan parti kafir berada bersama PAS dalam PN.

“Saya belum pernah dengar pemimpin UMNO kata Pas itu Parti Ajaran Sesat. Siapa yang sebut? Muhyiddin.

“Satu-satunya pemimpin negara yang kata Pas parti kafir… Dr Mahathir.

“Itu yang mereka usung sekarang. Kesian… Kita patut kesian kepada mereka,” katanya merujuk kepada presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan di Port Dickson malam tadi.