Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Barisan Nasional (BN) bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan Program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan di kesemua enam negeri menjelang pilihan raya negeri.

Jelajah Perpaduan ini akan bermula di Kedah (15 Julai 2023), Pulau Pinang (16 Julai 2023), Kelantan (23 Julai 2023), Negeri Sembilan (27 Julai 2023) dan Terengganu (28 Julai 2023).

“Sehubungan itu, adalah diharapkan sokongan rakyat bagi menjayakan program ini dan seterusnya menyokong calon-calon Kerajaan Perpaduan,”kata Setiausaha Agung BN, Dr Zambry Abd Kadir dalam kenyataan beliau hari ini.

Kenyataan itu dibuat selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada 10 Julai 2023 semalam.

Dalam mesyuarat itu, Dewan Tertinggi BN mengarahkan persiapan dan memperkukuhkan semua jentera parti di setiap peringkat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri-Negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Dewan Tertinggi juga menghormati keputusan dan komitmen parti komponen BN bagi memastikan kemenangan di semua kawasan yang ditandingi.

“Kerjasama di antara parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan akan diperkukuh dan dipertingkatkan,” katanya.

Katanya, Barisan Nasional komited mempertahankan prinsip yang termaktub di dalam perlembagaan bagi menjamin kestabilan dan kemakmuran dalam negara.