Sorting by

×

Ekoran kenyataannya bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menipu Yang Dipertuan Agong, Papa Gomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri kini disiasat oleh polis.

Rakan beliau dalam video secara live itu, Wan Mahussin Wan Zin mengesahkan siasatan itu.

“Saya baharu dihubungi oleh pegawai Polis Bukit Aman untuk diambil keterangan terhadap kenyataan Sir Azri ‘Zahid Hamidi Menipu Agong’ semasa siaran LIVE saya dan Papa Gomo. Saya saksi,” kata beliau menerusi Facebooknya semalam.

Papa Gomo membuat dakwaan itu ketika kedua-duanya membuat siaran live kelmarin.