Sorting by

×

Ekonomi MADANI

EKONOMI MADANI: MEMPERKASA RAKYAT
Pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara.

Tujuh penanda aras jangka sederhana yang perlu dicapai oleh Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang di bawah rancangan Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat.

Penanda aras terpenting adalah meletakkan Malaysia dalam kumpulan 30 ekonomi terbesar dunia.

Kedua ialah kedudukan 12 teratas di dalam Indeks Daya Saing Global.

Penanda aras ketiga ialah peratusan pendapatan buruh mencapai 45% keseluruhan pendapatan. Ini selaras dengan sasaran Rancangan Malaysia ke-12 menjelang 2025.

Keempat, penyertaan wanita dalam tenaga buruh mencapai 60%

Kelima, tangga 25 teratas di dalam Indeks Pembangunan Manusia

Keenam, tangga 25 teratas di dalam Indeks Persepsi Rasuah

Ketujuh pula ialah kemampanan fiskal dengan defisit fiskal mencapai 3% atau lebih rendah.

Penanda aras ini mengambil permasalahan kitaran ekonomi yang dihadapi Malaysia selama ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan mengenalpasti permasalahan ini seperti berikut: kos tinggi, gaji rendah, keuntungan rendah dan kurang nilai daya saing.

Justeru itu Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat perlu mencapai objektif menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia; dan akhirnya memberi impahan hasil kepada rakyat untuk menikmati kehidupan yang lebih berkualiti yang merangkumi isu semasa dan isu jangka panjang.