Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama Pejabat Cawangan Bukit Bintang dan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan melaksanakan Tindakan Khas Aktiviti Penjaja Tanpa Lesen dan Penjaja Warga Asing di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang Kuala Lumpur bermula jam 6.30 petang pada Khamis 18 Januari 2024.

Tindakan khas ini dibuat secara mengejut melalui pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan keatas aktiviti perniagaan dan penjajaan seperti penjaja makanan, minuman, aksesori, pakaian, burger dan lain-lain aktiviti yang membuat kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen, salah guna lesen, halangan tred perniagaan di tempat awam dan penjaja warga asing.

Melalui tindakan khas yang dijalankan, DBKL membuat 15 tindakan sita dan pindah barangan / peralatan yang diletakkan di tempat awam terhadap pemilik restoran/gerai (2 kes), penjaja tanpa lesen warga negara (9 kes) dan penjaja tanpa lesen warga asing (4 kes) menerusi kesalahan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

DBKL turut mengeluarkan 1 notis penguatkuasaan dibawah Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, 2 notis kompaun Penjaja Tanpa Lesen dan 2 notis kompaun Melantik Pembantu Gerai Warga Asing di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Barangan dan peralatan yang disita, dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras untuk rekod penyimpanan sementara dan dokumentasi.