Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberikan sumbangan bantuan kepada 150 individu yang merupakan pendukung asal reformasi menerusi Program MADANI Kasih.

Hadir mewakili Anwar dalam menyantuni dan menyerahkan sumbangan itu dalam program di Kelab Tasik Putrajaya ialah Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi.

“Kesemua penerima merupakan pendukung asal reformasi yang kini sudah lanjut usia dan mempunyai masalah kesihatan.

“Saya berharap agar bantuan ini akan sedikit sebanyak meringankan beban mereka, Insya-Allah,” kata Anwar menerusi Facebooknya.