Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas mengenai ada had tertentu perlu dipatuhi kerajaan berhubung pindaan perlembagaan berkaitan pemberian kerakyatan, selepas dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja.

Sehubungan itu, beliau berkata Putrajaya akan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen kerajaan mengenai kegelisahan mereka berkaitan cadangan pindaan perlembagaan berkaitan pemberian kerakyatan.

“Sebarang pindaan perlembagaan yang mengubah isu kewarganegaraan perlu diselesaikan dengan Majlis Raja-Raja.

“Persidangan Raja-Raja telah mengambil pendirian tertentu. Oleh itu kita perlu menghormatinya,” katanya kepada media selepas melancarkan Malaysia Digital Expo 2023 (MDX 2023).

Sebelumnya, media melaporkan Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee memberi amaran bahawa jika pindaan tersebut tidak ditangani dengan bersungguh-sungguh mungkin ada beberapa penyokong kerajaan bertindak bertentangan daripada ketua whip masing-masing di Dewan Rakyat.

Difahamkan, kenyataan beliau mengenai lapan cadangan pindaan perlembagaan negara berkaitan kerakyatan.


Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi kenyataan bahawa Jemaah Menteri akan membincangkan pindaan perlembagaan yang dibincangkan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja disusuli pembentukan draf pindaan sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat. – Media Perpaduan