Sorting by

×
Screenshot
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia kembali mengukuh pada Khamis selepas mengalami penurunan pada sesi sebelumnya, disokong pembelian menyeluruh merentas pelbagai sektor.null

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.43 mata atau 0.49 peratus kepada 1,722.19 berbanding 1,713.76 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka 3.0 mata lebih tinggi pada 1,716.76 sebelum mencatat paras terendah harian pada tahap berkenaan dan mencecah paras tertinggi 1,726.75 ketika sesi tengah hari.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 576 berbanding 550, manakala 563 kaunter tidak berubah, 1,064 kaunter tidak diniagakan dan 12 lagi digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 3.68 bilion unit bernilai RM2.80 bilion berbanding 4.07 bilion unit bernilai RM2.84 bilion pada Rabu.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata pihaknya kekal optimistik namun berhati-hati susulan aliran masuk dana asing yang semakin meningkat secara beransur-ansur, sekali gus terus memberi sokongan kepada pasaran tempatan.

“Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI mengekalkan momentum positif dan meningkat secara beransur-ansur ke arah julat 1,720 hingga 1,730 menjelang akhir minggu ini, disokong minat belian terpilih terhadap saham bermodal besar yang asasnya kukuh terutama dalam sektor kewangan, perladangan dan perindustrian terpilih,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata sentimen pelabur turut disokong jangkaan terhadap pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua Malaysia yang dijadualkan pada Jumaat.

Beliau berkata, unjuran KDNK suku kedua 2026 Malaysia yang dijangka kekal melebihi paras empat peratus meningkatkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara yang berdaya tahan.

Keyakinan pasaran turut diperkukuh oleh prestasi positif Wall Street dalam sesi sebelumnya selepas inflasi borong Amerika Syarikat mencatat penurunan serta laporan keuntungan bank yang kukuh.

Menurut Mohd Sedek, perkembangan itu meningkatkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mungkin mula melonggarkan dasar monetari tahun ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat lapan sen kepada RM11.04, Public Bank melonjak 15 sen kepada RM5.20, manakala Tenaga Nasional susut lapan sen kepada RM14.30, CIMB turun satu sen kepada RM7.70 dan IHH Healthcare berkurangan sembilan sen kepada RM8.53.

Bagi saham aktif, Tanco meningkat setengah sen kepada 32 sen, Nationgate melonjak 20 sen kepada RM1.17, VS Industry naik 1.5 sen kepada 23.5 sen dan SFP Tech menokok empat sen kepada 34 sen. HHRG pula susut dua sen kepada 14.5 sen.

Antara kaunter paling untung, Nestle meningkat RM1.00 kepada RM93.00, United Plantations naik 30 sen kepada RM35.00, Critical Holdings menokok 24 sen kepada RM1.90 dan Fraser & Neave meningkat 18 sen kepada RM29.28.

Sementara itu, antara kaunter paling rugi, Malaysian Pacific Industries susut 46 sen kepada RM45.28, UMS Integration turun 28 sen kepada RM8.03, Hong Leong Industries berkurangan 18 sen kepada RM18.42 dan Kuala Lumpur Kepong menguncup 14 sen kepada RM21.66.

Bagi indeks lain, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 18.48 mata kepada 12,521.27, Indeks FBM 70 naik 17.72 mata kepada 17,903.50, manakala Indeks FBM ACE menokok 3.36 mata kepada 4,915.11.

Indeks FBM Emas pula meningkat 49.48 mata kepada 12,699.22 dan Indeks FBMT 100 bertambah 49.09 mata kepada 12,529.61.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 156.43 mata kepada 20,310.82, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.18 mata kepada 187.93, manakala Indeks Perladangan naik 34.81 mata kepada 9,473.77.

Indeks Tenaga bagaimanapun susut 0.27 mata kepada 769.89.

Jumlah dagangan Pasaran Utama mengecil kepada 1.85 bilion unit bernilai RM2.45 bilion berbanding 2.30 bilion unit bernilai RM2.50 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.21 bilion unit bernilai RM151.75 juta berbanding 1.04 bilion unit bernilai RM140.74 juta sebelumnya.

Pasaran ACE pula merekodkan dagangan sebanyak 615.64 juta unit bernilai RM191.99 juta berbanding 721.07 juta unit bernilai RM193.18 juta pada sesi sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna mencatat dagangan sebanyak 146.45 juta saham di Pasaran Utama, diikuti produk dan perkhidmatan perindustrian sebanyak 453.34 juta, pembinaan (91.72 juta), teknologi (354.99 juta), perkhidmatan kewangan (92.18 juta), hartanah (379.92 juta), perladangan (38.77 juta), amanah pelaburan hartanah (17.95 juta), dana tertutup (296,300), tenaga (115.37 juta), penjagaan kesihatan (43.47 juta), telekomunikasi dan media (19.82 juta), pengangkutan dan logistik (33.09 juta), utiliti (63.14 juta) serta amanah perniagaan (4,100).– BERNAMA