CHINA bakal meningkatkan pembelian minyak sawit Malaysia FC kepada 500,000 tan daripada 250,000 tan setahun sebelum ini.
Susulan termeterai pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sime Darby Oils International Ltd (Sime Darby Oils) dan GuangXi Beibu Gulf International Port Group (GuangXi Beibu), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, MoU tersebut pastinya akan menjamin kepentingan peneroka dan pengeluar pekebun kecil.
“Kali ini adalah perjanjian tetap daripada China dan ia merupakan satu kejayaan besar kepada rakan-rakan kita yang terlibat,” katanya dalam sidang media pada akhir lawatan kerja sehari di Nanning, China, semalam.
Dengan anggaran eksport sebanyak RM2.5 bilion, MoU antara Sime Darby Oils dan GuangXi Beibu, telah melibatkan kerjasama membina pusat perdagangan dan pengedaran minyak sawit ditapis dan lelemak di Qinzhou, China dengan anggaran jumlah urus niaga tahunan sebanyak 500,000 tan.
Terdahulu, Anwar bersama beberapa menteri Malaysia, telah menyaksikan pertukaran MoU tersebut sempena lawatan kerja sehari beliau ke Nanning, China untuk menghadiri majlis perasmian Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) Ke-20, dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) – Media Perpaduan