Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

JOHOR BAHRU, 16 Februari – Kementerian Komunikasi telah memanggil semua penyedia platform media sosial bagi memahami instrumen pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) termasuk langkah membendung penggunaan atau memiliki akaun media sosial dalam kalangan kanak-kanak di bawah 16 tahun.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, perbincangan turut melibatkan halangan iklan-iklan judi dalam talian, penipuan iklan dan penipuan membabitkan kecerdasan buatan (AI).

“Perkara ini sememangnya menjadi antara keutamaan Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Kita mendapati akses internet semakin pantas, murah dan meluas. Peranti yang mampu dimiliki, turut mendedahkan masyarakat kepada elemen jenayah dan kandungan tidak sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai titah Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah yang mahu isu keselamatan kanak-kanak dan remaja di alam maya dipertingkatkan.

ONSA berkuat kuasa 1 Januari tahun ini merupakan undang-undang baharu yang digubal untuk melindungi pengguna di ruang digital.-Berita RTM