Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 12 Februari – Aplikasi MyGov Malaysia merekodkan peningkatan ketara jumlah muat turun sehingga 200 peratus.

Setakat semalam, 1,567,000 muat turun dicatatkan berbanding 437,000 pada Disember 2025.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, peningkatan itu mengambarkan penerimaan positif rakyat Malaysia terhadap aplikasi berkenaan.

“Peningkatan ketara jumlah muat turun aplikasi MyGov pada 2026 adalah susulan hebahan fungsi semakan status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan semakan wang tidak dituntut yang boleh dilakukan melalui aplikasi MyGOV,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bakri, Tan Hong Pin dalam Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Sehingga kini MyGOV Malaysia menyediakan sebanyak 44 perkhidmatan melibatkan 16 agensi kerajaan.

Menurutnya, lebih daripada 30 perkhidmatan baharu dirancang untuk proses integrasi MyGOV sepanjang 2026.-Berita RTM