Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

JOHOR BAHRU, 9 Februari – Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan dilancarkan pada 30 Mac ini di Johor Bahru.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata keputusan itu dimuktamadkan susulan perbincangan bersama rakan sejawatannya dari Singapura serta Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“JS-SEZ menjadi pemacu utama pertumbuhan Johor untuk mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) RM260 bilion. Sasaran asal ditetapkan pada 2030, namun jika momentum semasa berterusan, kita berpotensi mencapainya lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Johor Dialogue 2026 di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

JS-SEZ dijangka mewujudkan 20,000 pekerjaan berkemahiran tinggi selain meningkatkan pendapatan serta ekonomi negeri Johor.

Pelaksanaannya selaras Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan kerangka Ekonomi MADANI bagi memacu pertumbuhan struktur ekonomi yang inklusif.-Berita RTM