KUALA LUMPUR, 31 Januari – Keharmonian yang dikecapi Malaysia hari ini lahir daripada sikap saling menghormati serta kesediaan untuk berkongsi ruang dalam sebuah negara yang berpaksikan perpaduan.
Menerusi perkongsian di Facebook, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata nilai itu mesti terus dipelihara agar keamanan dan kestabilan Malaysia kekal terjamin untuk generasi akan datang.
“Kepelbagaian budaya dan agama merupakan antara asas utama yang membentuk jati diri negara.
“Dalam perbezaan, kita belajar untuk saling memahami. Dalam kepelbagaian, kita menemukan kekuatan untuk terus hidup sebagai satu masyarakat yang bersatu,” katanya.
Dalam pada itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia yang meraikannya esok.-Berita RTM
