JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Saint Petersburg, Russia bagi lawatan khas bermula hari ini hingga Selasa.
Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran berserta gambar di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Lawatan Seri Paduka Baginda ke Saint Petersburg adalah atas jemputan khas Presiden Russia, Vladimir Putin.
Terdahulu, pesawat khas membawa Sultan Ibrahim berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) pada 8.25 pagi.null
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj turut berangkat ke LTAS bagi mengucapkan selamat kepada Sultan Ibrahim. – BERNAMA
