PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperluas penggunaan teknologi tempatan bagi menukarkan sisa makanan kepada baja pertanian akan memperkukuh ekonomi kitaran serta menyokong agenda keterjaminan makanan nasional.
KPKT dalam kenyataan berkata langkah itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Kitaran Bagi Sisa Pepejal (NCEC) Keempat yang dipengerusikan menterinya Nga Kor Ming, hari ini.
Menurut KPKT, pelaksanaan teknologi itu yang akan dipelopori Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia adalah perlu kerana negara ketika ini berdepan cabaran pembaziran makanan yang serius, dengan anggaran lebih 8.3 juta tan sisa makanan dibuang setiap tahun, atau bersamaan kira-kira 17,000 tan sehari.
“Kebergantungan kepada tapak pelupusan bukan sahaja membebankan sistem pengurusan sisa negara, malah memberi kesan langsung kepada alam sekitar dan kesejahteraan rakyat,” menurut kenyataan itu.
KPKT menggariskan bahawa langkah itu juga dilihat sebagai penyelesaian strategik yang mampu meningkatkan kadar kitar semula negara, menyokong sektor pertanian melalui penyediaan baja alternatif lebih ekonomi serta memacu pembangunan ekonomi kitaran berasaskan teknologi tempatan.
“Inisiatif ini mencerminkan komitmen KPKT dalam membina ekosistem pengurusan sisa yang bukan sekadar bersifat pelupusan tetapi berorientasikan pemulihan nilai, penjanaan sumber baharu dan kelestarian jangka panjang negara,” menurut kenyataan itu.
KPKT menggariskan bahawa langkah itu juga dilihat sebagai penyelesaian strategik yang mampu meningkatkan kadar kitar semula negara, menyokong sektor pertanian melalui penyediaan baja alternatif lebih ekonomi serta memacu pembangunan ekonomi kitaran berasaskan teknologi tempatan.
“Inisiatif ini mencerminkan komitmen KPKT dalam membina ekosistem pengurusan sisa yang bukan sekadar bersifat pelupusan tetapi berorientasikan pemulihan nilai, penjanaan sumber baharu dan kelestarian jangka panjang negara,” menurut kenyataan itu.-BH Online
