“PDRM akan melaksanakan segala tindakan yang perlu secara profesional, telus dan berintegriti, selaras undang-undang, dasar serta arahan ditetapkan kerajaan.
“PDRM turut memastikan setiap proses dilaksanakan itu mematuhi prinsip tadbir urus baik demi memelihara kepentingan awam serta mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap institusi keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan kerajaan mengarahkan semua keputusan perolehan membabitkan tentera, polis serta agensi berkaitan, yang terkait dengan isu rasuah, dibekukan sementara.
Anwar dipetik berkata, ia bagi membolehkan perkara terbabit diteliti serta disusun semula bagi memastikan peraturan proses perolehan dipatuhi sepenuhnya dan bebas daripada unsur rasuah.
Perdana Menteri dilapor menegaskan langkah itu penting kerana masih wujud budaya memandang ringan isu rasuah.
Malah, Anwar berkata, ada pihak mempertahankan perbuatan berkenaan, termasuk ketika tindakan diambil terhadap bekas pemimpin yang memiliki kekayaan berbilion ringgit.
Perdana Menteri turut dipetik berkata, beliau menunggu laporan terperinci berhubung sebarang kelompongan atau kelemahan dalam sistem perolehan sedia ada.-BH Online
