Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 15 Januari -Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengekalkan hala tuju sedia ada, namun pelaksanaannya akan diperkemas.

Menterinya, Chang Lih Kang berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan impak lebih berkesan kepada ekonomi negara, selari keperluan pembangunan semasa.

Beliau turut menegaskan, pembangunan sains, teknologi dan inovasi memerlukan kerjasama pelbagai pihak serta tidak boleh dilaksanakan secara bersendirian.

“Dalam keadaan sekarang, tiada kementerian boleh bekerja dalam silo.

Kerjasama antara agensi amat penting untuk merancakkan ekonomi dan membangunkan sektor sains serta teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu MOSTI 2026 di Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), di sini.

Tambah beliau, selain pelaksanaan dasar, aspek tatakelola ditekankan sebagai teras penting bagi membina keyakinan rakyat terhadap sektor sains dan teknologi.

Pada majlis itu, Chang menggariskan empat fokus utama MOSTI bagi tahun 2026, termasuk peningkatan keupayaan, strategi teras, ketelusan berasaskan kebebasan maklumat serta pengukuhan tatakelola dan pembanterasan rasuah.

Beliau turut melancarkan dua dokumen strategik negara, iaitu Laporan STI Foresight 2025–2040: Future of STEM Talent in Malaysia dan Laporan Indeks Inovasi Malaysia 2025.-BH Online