Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA: Jasa dan sumbangan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein akan diperingati sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, sempena ulang tahun ke-50 pemergiannya. 

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sudah mengarahkan Kementerian Perpaduan Negara, pada Mesyuarat Kabinet hari ini, untuk merangka acara-acara khusus bagi tujuan itu.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa hari ini, 14 Januari, adalah tarikh ulang tahun ke-50 pemergian Allahyarham Tun Abdul Razak. “Ini satu tarikh yang penting bukan hanya untuk diperingati, tapi seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini, pada setiap tahun sepanjang Bulan Kebangsaan akan ada tokoh negarawan yang akan diperingati melalui satu acara khusus,” katanya

“Ini satu tarikh yang penting bukan hanya untuk diperingati, tapi seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini, pada setiap tahun sepanjang Bulan Kebangsaan akan ada tokoh negarawan yang akan diperingati melalui satu acara khusus,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Fahmi menjelaskan acara berkenaan dijangka diadakan sepanjang bulan Ogos sehingga ke Hari Kebangsaan.

Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Kedua pada 22 September 1970 sehingga kematiannya pada 14 Januari 1976 ketika mendapatkan rawatan di London, bagi penyakit leukemia akut yang dialaminya.

Sepanjang menjadi Perdana Menteri Malaysia, Allahyarham yang mendapat jolokan Bapa Pembangunan Malaysia, terkenal dengan Dasar Ekonomi Baharu (DEB), penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali (ZOPFAN).-BH Online