Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 12 Januari – Kerajaan MADANI komited, terus menjadikan pendidikan sebagai keutamaan negara.

Kejayaan sistem pendidikan tidak hanya bergantung kepada dasar dan peruntukan, sebaliknya menuntut kerjasama erat antara kerajaan, ibu bapa dan warga pendidik.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pendidikan berkualiti yang berteraskan nilai dan kemanusiaan penting bagi melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran masa depan.

“Sekolah sebagai ruang penting bukan sahaja untuk menimba ilmu, malah membentuk sahsiah, disiplin dan jati diri pelajar,” katanya.

Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Besi, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kwong Hon dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Besi bagi memantau pengedaran Bantuan Awal Persekolahan.

Ujarnya, inisiatif berkenaan bertujuan meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan awal persekolahan anak-anak.-Berita RTM