Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Tiada pelajar baharu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan tercicir kerana masalah kewangan.

Peringatan itu diberi Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menjelang pendaftaran serentak Tingkatan 1 dan 4 esok.

Beliau sudah mengarahkan pengurusan MARA menghubungi pelajar yang berpotensi tidak hadir pendaftaran bagi memastikan mereka mendapat bantuan dan sokongan.

“Saya sudah minta pengurusan MARA semua MRSM menghubungi mana-mana pelajar yang tidak hadir pendaftaran ke MRSM esok kerana faktor kewangan dibantu dan dipujuk.

“Saya tidak mahu pelajar tercicir kerana kemiskinan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau meminta ibu bapa yang berdepan kekangan kewangan untuk segera menghubungi pengurusan MRSM bagi mendapatkan bantuan.

“Insya-Allah, MARA dan pihak MRSM akan bantu. Pejabat saya di MARA akan pantau esok,” katanya.-BH Online