Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Seramai 8,006 sukarelawan dilantik bagi membantu pengendalian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, jumlah tertinggi sejak inisiatif berkenaan diperkenalkan pada 2023, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata jumlah keseluruhan sukarelawan yang telah berkhidmat sepanjang tiga tahun pelaksanaan inisiatif itu bagi meringankan beban tugas guru kini mencecah 20,997 orang.

“Kami tidak akan pernah berhenti berikhtiar dan mencari jalan bagi menangani beban tugas guru.

“Langkah ini bertujuan memastikan golongan pendidik dapat memberi sepenuh tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran, di samping kesejahteraan mereka terpelihara,” katanya.-Astro Awani