Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA, 16 Disember – Hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Lamag, ditetapkan pada 24 Januari 2026. 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun turut memaklumkan tarikh penamaan calon, ditetapkan pada 10 Januari, manakala bagi pengundian awal pada 20 Januari. 

“Tempoh berkempen adalah selama 14 hari. SPR juga mendapati daftar pemilih bagi Parlimen Kinabatangan dan Dun Lamag adalah seramai 48,722 individu,”katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPR.

Keputusan SPR itu selepas menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya berhubung kekosongan luar jangka kedua-dua kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lepas.-Berita RTM