Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 1 Disember – Sokongan penuh akan diberikan ke arah usaha memperluaskan pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan menyokong penuh pembangunan industri kenderaan elektrik, termasuk inisiatif Perodua memperluas pasaran EV di dalam dan luar negara.

“Saya akan terus menambah ikhtiar dalam usaha mencari pasaran baharu di dalam dan luar negara. Saya juga komited untuk memenuhi tanggungjawab sebagai ejen Perodua.

“Dengan muafakat dan disiplin yang ada, kita berjaya mencapai kejayaan yang sebelum ini mungkin sukar dicapai. Saya hanya mampu memberikan jaminan bahawa kerajaan akan terus memberikan dukungan serta sokongan sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Kenderaan Elektrik (EV) Pertama Perodua di ibu negara. 

Datuk Seri Anwar berpandangan pencapaian penghasilan EV ini menandakan peralihan era baharu sektor automotif dan membuktikan nilai daya saing yang kukuh dalam sektor tersebut.- Berita RTM