Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 5 November – Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOK) terus memperkukuh peranan dalam memperkasa golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri, antara inisiatif yang dijalankan ialah melalui pelaksanaan program latihan ‘bengkel terlindung’, yang memberi peluang kepada OKU yang tidak mampu bekerja di luar untuk memasarkan produk mereka dan menjana pendapatan sendiri.

“Tapi kamilah yang menjadi orang tengah untuk menilai pekerja OKU ini. Kami berhubung dengan pihak yang mungkin boleh menawarkan pekerjaan dan itu antara pendekatan kami.

“Sebenarnya banyak lagi usaha yang dijalankan termasuk perbincangan serta kerjasama dengan NGO dan juga rakan di peringkat antarabangsa bagi memastikan golongan OKU yang mempunyai bakat ini dapat dibantu dan diberi peluang sewajarnya,” katanya ketika menjelaskan dalam sesi sidang Dewan Rakyat di Parlimen.

Tambah Datuk Seri Nancy, sasaran pengambilan sekurang-kurangnya 1 peratus pekerja OKU dalam sektor awam bukan sahaja menjadi matlamat JPOK, tetapi komitmen kerajaan dalam membina masyarakat secara inklusif.

Setakat ini, KPWKM menggajikan hampir 2 peratus pekerja OKU, melebihi sasaran yang ditetapkan

Insentif tersebut turut dilaksanakan dengan kolaborasi antara kementerian dan agensi  berkaitan.

Selain itu,  Malaysia turut memperkukuh kedudukan OKU ke luar negara apabila turut menyertai beberapa penyertaan dalam forum antarabangsa, yang menjadi paltform wakil OKU negara berkongsi pengalaman dan kepakaran bersama negara lain.-Berita RTM