KOTA TINGGI, 8 Mei – Boustead Plantations (BPlant) diarah, memperluas projek rintis tanaman halia, ke seluruh Kota Tinggi, seterusnya meningkatkan potensi daerah itu, menjadi pengeluar utama halia dalam negara.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini projek rintis itu dijalankan di Ladang Telok Sengat, sejak Mac lalu, melibatkan kawasan seluas 12 hektar, dan 15 plot fertigasi.
Inisiatif itu juga mampu menampung keperluan halia dalam negara, susulan kapasiti pengeluaran halia tempatan tidak mencukupi untuk pengguna domestik.
Halia yang dihasilkan menerusi inisiatif itu pula, akan dinamakan sebagai Halia KT, bersempena lokasi penanaman Kota Tinggi.
Projek rintis tanaman halia itu adalah salah satu program khas, di bawah Projek Janaveteran, membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjana pendapatan stabil menerusi program pertanian.
BPlant menyasarkan kawasan seluas 80 hektar, di seluruh negara, bagi memperluas projek rintis itu.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Peluncuran Projek Janaveteran Bousted Plantations di Kota Tinggi.
Selain penanaman halia, Projek Janaveteran juga menjalankan penanaman cili fertigasi, serta Program Usahawan Tani Veteran, memberi kursus dan latihan kepada veteran, untuk memantapkan asas pertanian mereka.
BPlant menjangkakan setiap peserta menerima pendapatan bersih dua ribu ringgit sebulan.-Berita RTM