Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

TAPAH: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan biasiswa penuh kepada pelajar Orang Asli yang memperoleh keputusan 5A dan ke atas pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bagi membolehkan 87 lepasan SPM dalam kalangan masyarakat Orang Asli seluruh negara itu melanjutkan pengajian tinggi di Institusi Pendidikan MARA (IPMA).

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut mengarahkan MARA memastikan setiap lepasan SPM dalam kalangan Orang Asli yang memperoleh keputusan bawah 5A untuk menyambung pengajian di mana-mana institusi pengajian organisasi itu.

Katanya, langkah itu wajar untuk memastikan pelajar Orang Asli melanjutkan pengajian di bawah IPMA memandangkan MARA adalah badan berkanun seliaan kementeriannya.

“Arahan ini tiada kaitan dengan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

“Sebagai menteri yang menyelia Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan MARA, saya mengarahkan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki wajib beri biasiswa 100 peratus kepada anak Orang Asli dapat 5A ke atas (pada SPM).

“Ini bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke IPMA dan tawaran ini tiada kena-mengena dengan PRK DUN Ayer Kuning, tetapi untuk anak Orang Asli di seluruh negara,” katanya pada sidang media selepas Majlis Santuni Kasih Syawal bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Kroh Dalam dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Ramli Mohd Nor; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Hadir sama, EXCO Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun; Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib; Asyraf Wajdi dan Timbalan Ketua Pengarah JAKOA, Zamri Mustajab.

Bagi 2024, seramai 87 daripada 1,932 lepasan SPM masyarakat Orang Asli memperoleh keputusan 5A ke atas, berbanding 88 pelajar pada tahun lalu.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET berkata, pihaknya juga sudah menubuhkan skim Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khusus bagi pelajar Orang Asli.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, penubuhan skim bermula semalam, itu juga tiada kaitan dengan PRK DUN Ayer Kuning.

“Ini keprihatinan Kerajaan MADANI diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dibantu saya untuk menterjemah seluruh skim kepada semua kumpulan masyarakat.

“Apatah lagi JAKOA diletakkan di bawah kementerian saya dan saya akan pastikan masalah kemajuan dan pembangunan Orang Asli wajib dilaksanakan sebelum mereka mengemukakan lebih banyak tuntutan.

“Ertinya, jika kita memberikan sesuatu yang munasabah, maka mereka tidak akan menuntut lebih daripada itu,” katanya.

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=358&adk=1983910584&adf=969421036&pi=t.aa~a.1654364369~i.32~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1745566880&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×358&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F04%2F1388731%2Fmara-perlu-bagi-biasiswa-penuh-kepada-pelajar-orang-asli-cemerlang&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1745566885602&bpp=2&bdt=1272&idt=2&shv=r20250423&mjsv=m202504210101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3Dec94a9439321482d%3AT%3D1745509056%3ART%3D1745566885%3AS%3DALNI_MZ82ZP4vWmYbY5_xRQ8Rg9FficQ6w&gpic=UID%3D000010aec31952bc%3AT%3D1745509056%3ART%3D1745566885%3AS%3DALNI_MaEhrBT_TYwL0QfHm-BDmb2wvILTw&eo_id_str=ID%3D58a717edec89422b%3AT%3D1745509056%3ART%3D1745566885%3AS%3DAA-AfjZ28A2iur9dlfBBJ7oMTMcU&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=7043782317301&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=2541&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95358862%2C95358864%2C31091982%2C95354563%2C95357460%2C42533293%2C95352051%2C95359119%2C31091638%2C95356808&oid=2&pvsid=4260390788674084&tmod=1724652150&uas=3&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=7&uci=a!7&btvi=1&fsb=1&dtd=6

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, JAKOA sudah menyediakan draf untuk meminda Akta Orang Asli 1954, selain meminta Ramli membantu Ketua Pengarah jabatan itu mempercepatkan proses demi menjaga kebajikan masyarakat berkenaan.-BH Online