Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengumpul dana RM4.74 juta bagi membantu mangsa insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights di Subang Jaya menerusi Tabung Selangor Prihatin yang dilancarkan 4 April lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata jumlah terkumpul setakat semalam itu hasil sumbangan pelbagai pihak yang prihatin dengan tragedi berkenaan serta usaha pemulihan yang digerakkan kerajaan negeri.

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=358&adk=1983910584&adf=1103367320&pi=t.aa~a.1654364369~i.2~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1744802762&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×358&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F04%2F1385220%2Fkebakaran-putra-heights-tabung-prihatin-selangor-kumpul-rm474-juta&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1744802763180&bpp=1&bdt=903&idt=1&shv=r20250410&mjsv=m202504100101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3Dd32c13ff457eaf1e%3AT%3D1744802036%3ART%3D1744802361%3AS%3DALNI_MZn0X-vrrRq9IrqvR8vzJwpl0q-0g&gpic=UID%3D000010a109e6fa37%3AT%3D1744802036%3ART%3D1744802361%3AS%3DALNI_MbKPcOjAwucnNmxNlweIsUUR_w13A&eo_id_str=ID%3D67fcb2e05c188d4d%3AT%3D1744802036%3ART%3D1744802361%3AS%3DAA-AfjZXUWsujJW6SmVkQaxBoUek&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=3055262478719&rume=1&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=877&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95355973%2C95355975%2C95357426%2C95330276%2C95353420%2C95357878%2C31090956%2C95356661%2C95357715%2C31061691%2C31061692&oid=2&pvsid=3850559854050229&tmod=1662770360&uas=3&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=4&uci=a!4&btvi=1&fsb=1&dtd=15

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang dan memainkan peranan dalam usaha pemulihan ini.

“Semoga segala usaha, kerjasama dan semangat solidariti yang terjalin ini terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat serta menjamin masa depan yang lebih selamat dan sejahtera untuk semua,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Tabung Prihatin Selangor diwujudkan kerajaan negeri bagi menyokong proses pemulihan dan bantuan kepada penduduk yang terjejas dalam tragedi berkenaan termasuk pemberian bantuan tunai, baik pulih rumah dan penempatan sementara. 

Pada 1 April lalu, negara digemparkan kejadian kebakaran saluran gas di Putra Heights yang mengakibatkan api menjulang setinggi 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius sehingga menjejaskan 219 rumah di kawasan sekitar.

Dalam hantaran sama, Amirudin memaklumkan beliau mempengerusikan sesi Taklimat Khas Insiden Letupan Paip Gas di Putra Heights kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen kerajaan dari Selangor, semalam.

Beliau berkata taklimat itu antara lain bagi memberi gambaran berhubung langkah segera yang telah dan akan diambil kerajaan negeri dalam menangani kesan insiden serta memastikan kebajikan mangsa terus menjadi keutamaan.

Amirudin berkata turut dimaklumkan penamatan operasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Putra Heights dan Dewan Camelia yang ditutup secara rasmi pada Jumaat lalu dengan semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing sekiranya disahkan selamat.

“Mereka yang masih memerlukan penempatan pula telah ditempatkan di kediaman sewaan yang disediakan kerajaan negeri, termasuk melalui platform Airbnb,” katanya.

Semalam, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Lau Weng San dilaporkan berkata insiden kebakaran di Putra Heights serta aspek keselamatan zon penampan antara perkara yang dijangka dibahaskan pada persidangan DUN Julai nanti.-BH Online