Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Hospital medan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mula diatur gerak ke Myanmar, esok dalam misi bantuan kemanusiaan Malaysia ke negara itu yang teruk dilanda gempa bumi pada 28 Mac lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata persiapan menghantar hospital medan sudah disempurnakan dan kini hanya menunggu kelulusan akhir daripada pihak berkuasa Myanmar berhubung lokasi yang sesuai bagi menempatkan kemudahan tersebut.

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=358&adk=1983910584&adf=1103367320&pi=t.aa~a.1654364369~i.3~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1744715078&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×358&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F04%2F1384816%2Fhospital-medan-atm-diatur-gerak-ke-myanmar-esok-menteri-pertahanan&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1744715088961&bpp=2&bdt=1337&idt=2&shv=r20250410&mjsv=m202504100101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3De3ff4363593a0cf4%3AT%3D1744621308%3ART%3D1744714897%3AS%3DALNI_MYf3JWMTcLDIzQWUQUEXooLgynmAQ&gpic=UID%3D0000109de0b4f29a%3AT%3D1744621308%3ART%3D1744714897%3AS%3DALNI_MacqS1izpKLmrRgqawvgphnOiCvZw&eo_id_str=ID%3D891bd72d616accac%3AT%3D1744621308%3ART%3D1744714897%3AS%3DAA-Afjadi7h-kln3HovrMLfQcgDE&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=6126708776525&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=971&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95355972%2C95355974%2C31084127%2C95353387%2C95357877%2C95357715&oid=2&pvsid=3014759254387966&tmod=191111636&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=7&uci=a!7&btvi=1&fsb=1&dtd=4

“Kita sudah bersedia untuk hantar pada esok (16 April) dan kerajaan sudah pun bersetuju menampung segala keperluan perbelanjaan. 

“Kita hanya menunggu pihak Myanmar untuk memberikan lampu hijau di mana hospital medan ini nak diwujudkan. Jadi kita sudah bersedia, hari ini dia beritahu (lokasi untuk hospital medan), esok kita sudah boleh hantar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kementerian Pertahanan Tahun 2025 di Dewan Seroja, Kem KEMENTAH, di sini hari ini.

Mohamed Khaled sebelum ini memaklumkan seramai 35 pegawai perubatan akan dihantar ke Myanmarsusulan persetujuan kerajaan untuk ATM menyediakan kemudahan hospital medan di Myanmar atas permohonan negara itu, baru-baru ini.

Beliau turut dilaporkan berkata, objektif operasi hospital medan itu ialah untuk menjalankan serta memberi rawatan ortopedik dan trauma, menyediakan pembedahan kecemasan untuk mangsa (gempa bumi) yang mengalami patah tulang dan sebagainya, supaya dapat mengurangkan risiko kecacatan pada mereka.

Selain itu, katanya pasukan perubatan ATM juga akan mengambil peluang untuk memberi kerjasama melatih pasukan perubatan Myanmar dalam soal ‘capacity building’ (pengukuhan keupayaan) dari sudut kesihatan.

Difahamkan, pesawat membawa hospital medan bersama pasukan perubatan ATM dijadualkan akan berlepas ke Myanmar dari Pangkalan Udara Subang, Selangor pada jam 4.30 pagi nanti. 

Sabtu lalu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, dilaporkan berkata kerajaan akan menghantar hospital medan dan bantuan kemanusiaan termasuk pasukan perubatan ke Myanmar.

Katanya, Perdana Menteri meluluskan secara dasar untuk negara menghantar hospital medan ke Myanmar seperti mana pernah diberikan kepada Turkiye sebelum ini berdasarkan keperluan rakyat negara itu yang memerlukan kemudahan serta bahan perubatan.

Gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala richter yang melanda wilayah tengah Myanmar pada 28 Mac lalu itu, meragut lebih 300 nyawa dan mencederakan ribuan yang lain, selain menyebabkan kemusnahan besar di beberapa kawasan utama termasuk Magway, Bago dan Mandalay.

Insiden itu menyaksikan ratusan struktur bangunan termasuk sekolah, hospital dan rumah ibadat runtuh, manakala kemudahan asas seperti jalan raya, jambatan dan bekalan elektrik turut terjejas teruk. 

Ribuan penduduk kini ditempatkan di pusat perlindungan sementara dengan keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan air bersih yang semakin meruncing.

Kerajaan Myanmar mengisytiharkan beberapa kawasan terjejas sebagai zon bencana dan merayu bantuan daripada komuniti antarabangsa.-BH Online