Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

AYER KEROH: Kerajaan bersetuju memberi potongan kadar tol musim perayaan sebanyak 50 peratus sempena Aidilfitri.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata diskaun berkenaan akan berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam pada 28 Mac dan berakhir pada jam 11.59 malam, 29 Mac ini.

Inisiatif Kerajaan MADANI itu akan membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM19.69 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol yang terbabit.

“Inisiatif itu membabitkan kenderaan kelas satu di semua plaza tol kecuali di sempadan negara,” katanya pada sidang media selepas mengadakan tinjauan ke syarikat konsesi penyelenggaraan Jalan Persekutuan di Pejabat Operasi Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd, hari ini.-BH Online